Tuesday, August 11, 2009

Kita 1 Malaysia !!!

Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan!!


1 Malaysia adalah 1 seruan kerajaan dengan berasaskan perpaduan semua kaum sebagai rakyat yang bersatu. Tidak kira samada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain, kita tetap 1 bangsa iaitu Bangsa Malaysia! Semua bangsa, pangkat, darjat dan kerjaya bersatu untuk membangunkan impian semua serta negara pada tahap yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.
_____________________________________

Kawan-kawan semua, saya sebagai rakyat malaysia amat bersetuju dengan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan. kita pun tau yang Malaysia ni berbilang bangsa kan. banyak salah paham antara kaum dan bangsa terjadi di malaysia. Jadi kawan-kawan ku, bagaimana nak berstu dalam negara Malaysia ni?? semestinya dengan menggabungkan semua bangsa yang wujud menjadi 1 bangsa iaitu Bangsa Malaysia!!!!
_____________________________________

Kalau dilihat dari segi ekonomi negara, 1 Malaysia ini akan menyebabkan rakyat bersatu dalam membangunkan negara dari segi perkilangan. pertanian, perhotelan, pelancongan, perdangan da dalam dan diluar negara serta semua sektor-sektor yang lain. Kemajuan dapat dicapai dengan lebih mudah, efektif serta konsisten seperti negara-negara yang sedang dan telah membangun contohnya China dan Jepun. Dengan ini, tahap ekonomi nagara pasti akan stabil dan meningkat lalu kita sebagai rakyat Malaysia pasti akan merasa kelainan setiap masa.
_____________________________________

Kawanku, bila rakyat bersatu, negara pasti maju. negara kita dari segi kebersihan juga sangat tidak memuaskan. Ini kerana sejak kita dari kecil lagi, kita tidak ditanamkan dengan sifat cintakan negara. Sampah yang sepatutnya di buang dalam tong sampah telah dibuang merata-rata. bila hal ini terjadi, dataran dan lautan akan menjadi kotor. Lama-kelamaan mudarat seperti penyakit pasti akan timbul. Dengan bersatunya di bawah 1 Malaysia, kita semua perlu sedar bahawa negara Malaysia merupakan negara kita. Bilamana keadaan ini berlaku, tidak kira golongan tua ataupun muda, lelaki atau wanita, kaya atau miskin, semuanya pasti akan sedar bahawa kebersihan negara tanggungjawab semua rakyat Malaysia.
_____________________________________


Akhir kata dari saya, marilah semua rakyat Malaysia, kita bersatu dibawah 1 bangsa dan 1 negara. Mari bersatu sebagai 1 Malaysia!





1 comment:

Thanks..