Wednesday, August 12, 2009

Program Latihan Dan Penempatan??

INTRODUCTION..
Assalamualaikum kawan-kawan ku.. Pernah dengar ke program Train and Place ni?? Pernah dengar ke sedang menjalani latihan ni?? apa-apa pun takpe. Program ini ditaja oleh Kementerian Sumber Manusia dan dilaksanakan oleh pusat-pusat yang terlatih untuk mengendalikannya. program ini diwujudkan disebabkan masalah pengangguran yang makin meningkat di negara kita. Diantara pusat latihan yang mengadakan program ini adalah Info Genius, Kolej Inti dan banyak lagi. Maksud program ini dijalankan adalah untuk memberi masa kepada pelajar untuk belajar kursus sambil mencari peluang pekerjaan.

PENERANGAN!
Program ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
1) Program latihan untuk pekerja yang diberhentikan (Reterenched Workers)- Program yang disediakan untuk pekerja yang diberhentikan ialah program Automotif. Program ini mengambil masa selama 3 bulan. Semasa menjalani latihan ini, pelajar akan diajarkan dengan pelbagai subjek bagi memantapkan diri mereka.


2) Program latihan untuk graduan yang tidak mendapat pekerjaan - bagi graduan yang menganggur, program yang disediakan ialah Business Executive Management. Program ini juga mengambil masa selama 3 bulan. Pelajar akan diajarkan pelbagai subjek contohnya Customer Service, Self Improvement dan banyak lagi.

ADA KELEBIHAN KE PROGRAM NI?
1) Mengisi masa lapang
2) Menambah dan mengasah ilmu dan kemahiran
3) Mendapat elaun sebanyak >RM500
4) Dapat menambahkan kenalan
5) Memupuk semangat jati diri
6) Peluang pekerjaan setelah selesai program

KEBURUKAN ADA X?
1) Elaun yang tidak mencukupi kerana dunia hari ini makin meningkat. Harga barang, taraf hidup dan semuanya makin meningkat.
2) Mengambil masa yang lama di dalam kelas. Kita perlu tahu yang manusia ada tahap batasan pemikiran.


ADA CADANGAN YANG BERNAS??
1) Menambahkan elaun kepada >RM600
2) Seminggu kelas 4 hari sudah la. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad cuti rehat. Aktiviti luar kelas perlulah di lakukan bagi mengelakkan rasa bosan.
3) Mula kelas jam 9 pagi sehingga 4 ptg

No comments:

Post a Comment

Thanks..